Follow Us @soratemplates

Wednesday, February 28, 2018

KEPUTIHAN GANGGU HUBUNGAN SEKSUAL

Ramai menganggap bercerita mengenai masalah alat sulit kepada orang lain sebagai keadaan yang memalukan dan terlalu peribadi. Hakikat, ia dialami hampir semua orang tetapi disebabkan sifat tabu itu, kebanyakan kita hanya mendiamkan diri sehingga masalah berkenaan berlanjutan dan bertambah teruk.
Masalah keputihan adalah perkara yang tidak asing dalam kalangan wanita. Statistik menunjukkan hampir 75 peratus wanita yang berkahwin berdepan masalah keputihan disebabkan aktiviti seksual.

Kebanyakan wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan bahaya penyakit keputihan, malah menganggap ia sebagai petanda lazim sebelum kitar haid.


Setiap wanita perlu mempunyai pengetahuan asas yang mampu membezakan pengeluaran lelehan lendir faraj secara semula jadi dengan penyakit keputihan yang serius dan memerlukan rawatan perubatan.
Perunding Perbidanan dan Sakit Puan juga Pakar Kesuburan Pusat Perubatan Tropicana, Dr Nurhazinat Mohamed Yunus berkata, keputihan ialah jangkitan kulat candida albicans yang sering berlaku kepada wanita. Bezanya hanya serius atau tidak.

“Dianggarkan dalam 10 wanita yang menjalani pemeriksaan, dua hingga tiga berisiko dijangkiti keputihan. Ia berlaku disebabkan bahagian alat sulit wanita sangat sensitif pada perubahan persekitaran seperti pemakanan, kitaran haid dan tahap kesihatan seseorang, yang kemudian mengubah kelembapan dan keasidan vagina.

“Meskipun secara sendiri jangkitan kulat tidak merbahaya, namun jika dibiarkan ia boleh mengundang jangkitan bakteria yang boleh menyebabkan kerosakan saluran peranakan,” katanya ketika ditemui di pusat perubatan itu, baru-baru ini.

Menurutnya, keputihan juga boleh menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan wanita yang mengalaminya. Ia juga boleh menyebabkan radang dan rasa gatal.

“Keputihan biasa berlaku disebabkan jangkitan bakteria dan kulat. Keputihan disebabkan jangkitan bakteria akan berwarna kuning, berbau hamis dan gatal pada kemaluan.
“Keputihan disebabkan jangkitan kulat pula berwarna putih seperti susu basi atau keju cair. Ia juga boleh menyebabkan rasa gatal dan kemaluan akan membengkak serta menjadi merah,” katanya.
Dr Nurhazinat berkata, keputihan juga kerap berlaku kepada wanita hamil disebabkan perubahan fisiologi yang berlaku ketika hamil, di mana keadaan hormone estrogen yang tinggi dan kelembapan meningkat pada bahagian vagina menggalakkan pembiakan candida (kulat). Apabila melahirkan anak, biasanya masalah ini hilang sendiri.
“Secara umum, keputihan tidak menyebabkan masalah kesuburan. Namun begitu, jika seseorang wanita merancang mahu mendapatkan cahaya mata dan pada masa sama mengalami masalah keputihan yang serius, eloklah mendapatkan rawatan.
“Dikhuatiri keputihan yang banyak boleh mengganggu pergerakan sperma dari vagina memasuki rahim. Penyakit keputihan yang tidak dirawat akan menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan untuk bersama,” katanya.
Dr Nurhazinat berkata, bagi mengelak gejala ini, kebersihan adalah faktor terpenting yang perlu dititikberatkan. Elakkan penggunaan pencuci alat sulit wanita (feminine wash) ke dalam kemaluan. Namun jika hanya untuk mencuci di bahagian luar kemaluan tiada masalah.
Pasangan suami isteri pula digalak membersihkan alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan seks untuk kebersihan optimum jika tidak merancang menambah cahaya mata.
Cara mencegah penyakit keputihan
- Sentiasa memastikan bahagian faraj dalam keadaan bersih dan kering.
- Elakkan penggunaan pembersih faraj yang mengganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
- Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita ketika menstruasi (haid).
- Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan saja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada satin.
- Jangan guna sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
- Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
- Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
- Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
- Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
- Basuh bahagian sulit dengan air bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
- Berjumpa pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika ada tanda yang dinyatakan di atas.
- Melakukan aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.



KEPUTIHAN. Sejak zaman anak dara lagi dah ada masalah keputihan ni. Tapi tak tahulah ia makin lama makin teruk bila dibiarkan. Lagi lagi masa sekolah menengah dulu, aktif dengan badan beruniform. Hari hari ada latihan kawad kaki, belum dikira ber”camping” lagi. Bab kebersihan memanglah tak jaga sangat. Masa tu pula, takdelah didedahkan pasal masalah yang boleh dihidapi di tempat sulit macam sekarang ni. Dulu bab bab tu semua disembunyikan. Ia jadi isu yang memalukan. 
Keputihan adalah perkara normal bagi setiap wanita. Keputihan dianggap normal jika cecair yang keluar adalah jernih, tak berwarna, tak berbau dan tak berasa gatal-gatal .. Keputihan menjadi bermasalah atau boleh juga dianggap berpenyakit jika cecair berwarna pekat, warna putih kekuningan , berbau , bergumpal dan berasa gatal.Keputihan ni mulalah sedikit, tapi lama lama ia menjadi teruk bila semakin gatal saat berpeluh. Sehinggakan terpaksa memakai pad pantyliner setiap hari untuk elakkan gatal semakin menjadi jadi. Tapi, tak tahu nak bertanyakan pada siapa untuk elak macamana keputihan tu. Sampaikan, kerap sangat basuh di bahagian tersebut setiap kali gatal, atau membuang air besar. Ke hulu hilir bawa “femine wash” untuk pastikan bahagian tersebut di basuh bersih. 
Masa mengandung, masalah keputihan semakin menjadi jadi dan bila diajukan pada doktor dan nurse semasa “check up” bulanan, diaorang kata memang itu masalah biasa untuk ibu hamil. Lagi jadi masalah bila perut semakin membesar dan ia menjadi jadi semakin gatal. Ada orang suruh basuh bahagian tersebut dengan air sirih yang direbus dan letakkan daun sirih di bahagian tersebut. Kak Ct buat juga. Tapi sekejap je hilang gatalnya. Esok lusa, ia datang balik.. 
Pernah berjumpa doktor dan doktor pun sahkan masalah keputihan Kak Ct sangat teruk. Jadi doktor masukkan sejenis ubat untuk mengelakkan bakteria merebak ke dalam organ organ dalaman. Ambil juga ubat yang diberikan oleh doktor, tapi hanya seminggu atau selagi makan ubat yang diberikan. Bila tak makan ubat, ia datang balik. Doktor sendiri tak bagi kak ct makan ubat yang dose lebih tinggi sebab masa tu tengah mengandung. 
Akhirnya, selepas bersalinkan Zafran, dan mencari maklumat berkenaan suplemen penyusuan, terjumpa artikel berkenaan merawat masalah keputihan juga. Macam best, nak cuba juga. Jadi belilah set penyusuan ( ALFALFA, ESP, SR VITAMIN C, B COMPLEX, VITALEA, OSTEMATRIK) dan add on garlic untuk elakkan bakteria semakin merebak dan bantu matikan kulat dibahagian tersebut. 
Tak sangka, selepas 2 3 bulan konsisten ambil alfalfa dan garlic, masalah keputihan dapat diatasi. Bermula dengan kurang rasa gatal walaupun berpeluh, sehingga dah kurang bau, suami juga akhirnya menegur akan kurangnya masalah keputihan tersebut. Kalau tak, sebelum ni, dia juga komplen akan masalah yang kak ct hadapi. Lama lama, kak ct juga yang malu sendiri dengan keadaan begitu. Ianya, waktu “bersama” adalah waktu yang seronok, tapi ia jadi sebaliknya dengan bau yang tidak sedap dan akhirnya, keinginan itu terus mati disitu. Sedih sangat. 
Tapi kini, Alhamdulillah, walaupun ia tak 100% hilang, ia tidak lagi berbau teruk dan keputihan pun pada tahap yang baik dan hanya datang sebelum 2 3 hari nak haid saja. Pantyliner pun dah lama tak guna. Nak bergerak aktif pun dah tak risau akan berpeluh banyak dan mula gatal gatal. Seronok sangatlah. Garlic dan alfalfa, 2 suplemen wajib yang kak ct ambil hari hari. KITA ENJOYS!!!. 
Bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah. Manakala alfalfa pula adalah sejenis herba dan sangat diakui dalam keberkesanan untuk kesihatan dalaman wanita. Alfalfa bertindak sebagai kacip fatimah buat isteri. Kacip Fatimah?? Tau tau jelah apa manfaat nya kan? Yang itu pun kak ct dapat manfaatnya. Buat suami tersenyummm saja. opss.                                                                                              - Siti Noriza Binti Saleh


Berminat untuk dapatkan set vitamin untuk atasi masalah keputihan ini?


COD Area Ampang, Cheras dan Sentul






Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
Instagram : @eyranadzirah







No comments: