Follow Us @soratemplates

Wednesday, April 19, 2017

Tanam rambut elak botak

11:17 PM 0 Comments
RAMBUTNYA yang semakin menipis sangat membimbangkan Alisa. Setiap kali dia menyikat rambut pasti banyak rambut yang melekat pada sikat dan di atas lantai. Jika boleh, dia tidak mahu melihat rambutnya yang gugur itu kerana hanya akan membuatkannya risau.
Apa yang paling dibimbangkan ialah lama-kelamaan mungkin dia akan menjadi botak. Tidak dapat dibayangkan jika dia botak.
Keadaan yang dialami Alisa adalah sebahagian daripada simptom alopecia (kebotakan), yang perlu dirujuk kepada doktor bagi mendapat rawatan sewajarnya.

Doktor estetik dari Klinik Dr. Deleila, Dr. Hatun Deleila Azrai, 45, berkata, alopecia ialah satu keadaan yang dialami kira-kira 60 peratus lelaki dan 40 peratus wanita dari semua peringkat umur. Alopecia mungkin disebabkan oleh genetik, hormon, trauma, penyakit psikologi, trekking (memberatkan rambut dengan mengikat ketat, tocang dan sebagainya yang lama-kelamaan keadaan ini akan menyebabkan akar rambut boleh tercabut) dan tabiat suka menarik rambut. 

alopecia

Terdapat juga kanak-kanak yang suka memakan rambut sendiri yang dipanggil sebagai trichotillomania.



Katanya, terdapat juga kes kanak-kanak mengadu sakit perut, yang disangka oleh ibu bapa mereka mempunyai masalah cacing di dalam perut, tetapi setelah pemeriksaan doktor dilakukan, terdapat gumpalan rambut di dalam perut kanak-kanak tersebut.
Kontraseptif, ubat mencairkan darah, antikemurungan, steroid, penyakit darah tinggi, kencing manis, stres dan sebagainya juga menjadi salah satu sebab kepada alopecia.
“Lelaki lebih kerap mengalami alopecia tanpa mengira umur, malah ada remaja yang berusia 18 tahun sudah mengalami gejala tersebut berpunca daripada keturunan.
“Sebaliknya, wanita jarang mendapat penyakit ini cuma rambut mereka semakin menipis. Amat jarang sekali wanita yang mengalami botak keseluruhan. Alopecia yang dialami lelaki seakan-akan satu paten di atas kepala namun bagi wanita, rambut mereka semakin menipis hingga menampakkan kulit kepala.
“Masalah kesihatan seperti hipotiroid dan hipertiroid yang dialami lelaki dan wanita juga akan menyebabkan alopecia.
“Rawatan bagi menumbuhkan rambut semula boleh dilakukan tetapi doktor akan mengkaji dahulu punca-punca kepada rambut gugur yang dialami seseorang. Diagnosis alopecia bergantung kepada puncanya sama ada sementara atau definitif.
“Jika kebotakan tersebut berpunca daripada sesuatu penyakit, biasanya doktor akan merawat penyakit tersebut terlebih dahulu, kemudian barulah rawatan kepada rambut gugur diberikan,” kata Dr Hatun Deleila ditemui Mega Rona di kliniknya di Segambut, Kuala Lumpur .
Ujarnya, alopecia boleh dirawat dengan menggunakan kaedah dhd testesterone, di mana minoxidyl yang meransang pertumbuhan rambut akan dititiskan pada kulit kepala.
Kaedah lain ialah dengan cara mengurut kulit kepala, mencuci rambut dengan syampu yang sesuai serta perapi, dan mencuci liang roma dengan minyak tertentu. Minyak yang digunakan juga tidak boleh terlebih atau terkurang kerana jika terlebih, liang roma akan tersumbat dan akan membuatkan situasi rambut tidak sihat dan akhirnya gugur.
Dalam cuaca negara kita yang panas, adalah lebih baik jika rambut dicuci setiap hari. Begitu juga dengan atlet yang sentiasa berpeluh digalakkan untuk kerap mencuci rambut.
Menurut Dr. Hatun Deleila lagi, terdapat banyak jenama syampu di pasaran namun sebagai pengguna, pilih syampu yang mengandungi bahan-bahan yang bagus bagi kesihatan rambut, seperti mengandungi vitamin E dan avocado.
Wanita yang memakai tudung dinasihatkan supaya tidak memakai serkup kepala yang ketat dan jangan mengikat rambut dengan getah yang ketat.
Ini akan menyebabkan rambut tidak boleh bernafas. Pilih tudung dan serkup daripada jenis kain kapas yang boleh menyerap peluh. Adalah tidak logik pendapat sesetengah orang yang mengatakan rambut banyak gugur kerana bertudung. Mungkin rambut nampak nipis dan melepek semasa bertudung tetapi bukan kerana rambut gugur.
“Adalah normal rambut gugur di antara 100 hingga 150 helai sehari. Secara umumnya, orang Asia memiliki paling banyak rambut, kedua orang Barat dan ketiga orang Afrika.
“Rambut orang Asia tumbuh sebanyak 1.25 sentimeter sebulan dan purata setahun sepanjang 15 sentimeter. Minyak kelapa yang disapukan pada akar rambut adalah bagus bagi merangsang pertumbuhan rambut dan menghitamkan kerana minyak tersebut akan meresap ke dalam keratin rambut.
“Kini terdapat teknologi menanam rambut dengan menggunakan rambut tiruan yang dibuat daripada fiber. Pelanggan boleh memilih untuk tempoh tiga atau lima tahun dan panjang rambut yang diingini.
“Terpulang kepada seseorang individu untuk melakukannya sama ada untuk suami, mempunyai penyakit yang menyebabkan rambut gugur atau masalah ini yang berpunca daripada keturunan,” katanya.



TESTIMONI RAWATAN RAMBUT DENGAN VIVIX




Masalah rambut gugur biasanya disebabkan oleh kurangnya nutrisi.
Ini menyebabkan keadaan kulit kepala tidak subur untuk rambut tumbuh dengan baik.
Tapi, selepas mengamalkan Vivix, beliau mendapati perubahan yang ketara pada rambut beliau.
Rawatan rambut gugur sangat berkesan dengan menggunakan Vivix. Hanya sesudu sehari Pn Masni Berjaya keluar dari masalah rambut gugur.

Apa Fungsi Vivix ( Antioksidan) Pada Rambut ?

Ada beberapa kelebihan Vivix dalam rawatan rambut gugur :
 1. Menyokong kesihatan kulit kepala yang penting untuk kesuburan rambut
    2. Menghalang radikal bebas yang menjadi punca sel kulit kepala rosak.    
 3. Membantu mengekalkan kesihatan rambut. 
4. Memperbaiki keadaan sel kulit kepala yang rosak dan melindungi kesihatannya.

Bagaimana mahu membeli vitamin ini?

Cara 1
Anda boleh terus klik ke VIVIX ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

Cara 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Ampang, Cheras, Sentul, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Ampang, Cheras, Sentul.


COD Area Ampang, Cheras dan Sentul








Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,
Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436







Penyakit Epilepsi

10:21 PM 0 Comments



EPILEPSI atau sawan merupakan masalah neurologi yang boleh dialami sesiapa, di mana-mana dan pada bila-bila masa dalam hidup mereka. Penyakit saraf ini menyerang secara tiba-tiba, berulang dan tanpa provokasi.
Sesetengah penghidap mungkin mengalami gejala pada usia satu tahun manakala yang lain mungkin menjadi mangsa pada peringkat yang lebih lewat. Tidak kira bila keadaan bermula, serangan epilepsi amat sukar diramalkan dan boleh memberikan kesan ketara terhadap kehidupan harian, hubungan dan juga keselamatan pesakit.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat kira-kira 50 juta orang yang menghidap epilepsi, dengan 80 peratus daripada kes yang dilaporkan adalah dari negara-negara membangun termasuk Malaysia.
Sempena sambutan Hari Ungu (merujuk kepada penyakit epilepsi) tahun ini, satu usaha pada peringkat akar umbi antarabangsa telah dianjurkan pada 26 Mac lalu bagi meningkatkan kesedaran mengenai epilepsi.


Salah seorang pesakit epilepsi yang ditemu bual, Ahmad Ali, 43, berkata, dia ingin membantu meningkatkan kesedaran dan kefahaman orang ramai mengenai epilepsi dan menekankan pentingnya sikap positif bagi mengubah kehidupan penghidap epilepsi.
Menurut Ahmad, dia mengalami serangan sawan pertama semasa masih bayi. Ketika itu, dia mengalami demam panas. Ibu bapanya sangat bimbang namun, demam akhirnya pulih.
Serangan tersebut menandakan permulaan peringkat pertama epilepsi dalam hidup Ahmad. Serangan sakit berkenaan menjadi lebih kerap pada umur lapan hingga 13 tahun dan setiap kali berlaku, ia berlarutan selama lima minit.


Doktor menggambarkannya sebagai serangan ‘grand mal’ (serangan sawan di mana pesakit tidak sedar diri dan mengalami kekejangan otot yang ketara). Ahmad memberitahu, dia perlu tidur selama tiga hingga lima jam selepas setiap serangan.
Ibu bapa sangat risau. Saya anak bongsu dan mereka sangat mengambil berat tentang keadaan saya. Mereka bimbang saya akan mencederakan diri jika diserang sawan. Saya tidak dibenarkan melakukan aktiviti luar seperti berenang atau berbasikal.
“Dengan semua ‘sekatan’ yang dihadapi semasa membesar, saya banyak menjauhkan diri daripada orang lain. Bagaimanapun saya menyimpan tekad untuk menjalani kehidupan yang normal. Saya rasa, diri sendiri dan keluarga perlu mengubah sikap supaya menjadi lebih positif.
“Peringkat kedua epilepsi ialah semasa saya berumur antara 13 dan 19 tahun. Masa itu, saya mula berjumpa doktor. Saya dirawat dengan ubat dan keadaan bertambah baik. Serangan yang saya alami kemudiannya lebih berkeadaan sederhana dan terkawal. Otak tidak begitu berat dan saya dapat merasakan ubat ini berkesan,” kata Ahmad.
MENURUT Ahmad Ali, semasa membesar, dia tidak jemu bertanyakan soalan mengenai penyakit ini kepada pakar perubatan dan keluarga sentiasa memberi sokongan kepadanya untuk mengetahui mengenai epilepsi.
Dia bertanyakan kepada doktor mengenai ubat yang diambil dan lama-kelamaan hubungannya dengan doktornya menjadi lebih terbuka. Dia berkongsi pencapaian kesihatan peribadinya bersama doktor.
Peringkat ketiga epilepsi Ahmad bermula apabila disahkan menghidap epilepsi lobus temporal kiri pada usia 20 tahun. Bagaimanapun, dengan bantuan ubat-ubatan, doktor dan keluarga, keadaannya menjadi bertambah baik.
Kini dia boleh meramalkan dan mempersiap diri bagi menangani serangan. Kini, dia hanya perlu berjumpa doktor sekali dalam tempoh enam bulan berbanding sekali, dalam satu atau dua bulan pada masa lalu.
Walaupun menghidap epilepsi, Ahmad tidak pernah membiarkan keadaannya itu menjadi penghalang. Dia bekerja keras untuk cemerlang dalam pelajaran dengan mencapai gred tertinggi dalam peperiksaan sekolah menengah, melanjutkan pengajian ke universiti dan mendapat Ijazah Sarjana Psikologi Pendidikan dalam masa hanya 15 bulan.
“Saya memahami pengorbanan ibu bapa selama ini bagi memastikan saya selamat dan ini mendorong saya untuk melakukan yang terbaik dan membanggakan mereka. Saya mula melihat epilepsi sebagai sesuatu yang boleh dipelajari bukan sahaja oleh diri tetapi juga orang lain,” ujarnya.
Ahmad kini melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah dalam bidang Psikologi Pendidikan. Dia turut mengajar di beberapa buah universiti dan kolej tempatan sebagai pensyarah dan kaunselor. Ahmad turut mendidik pelajarnya mengenai epilepsi dan menyangkal salah tanggapan umum terhadap penyakit tersebut.
“Ramai pelajar saya tidak mengetahui mengenai epilepsi. Jadi saya mengambil keputusan untuk mendedahkan mereka mengenai penyakit ini. Bagaimanapun saya tidak pernah mendedahkan bahawa saya sendiri mengalami masalah tersebut.
“Berdasarkan pengalaman peribadi, saya beritahu mereka mengenai penyakit ini dan bagaimana perasaan penghidap epilepsi sambil merangka aktiviti yang dapat membantu meningkatkan kesedaran mereka.
“Saya benar-benar berbangga, apabila saya meminta pelajar menerangkan mengenai jenis epilepsi berbeza, mereka berjaya melakukannya. Mereka ternyata faham dan peka tentang keadaan, gejala dan cabarannya,” ujar Ahmad.
Walaupun terdapat usaha berterusan di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran mengenai epilepsi dan menyokong mereka yang menghidap penyakit ini, Ahmad berpendapat, masih terdapat mitos dan salah tanggapan tentang epilepsi yang perlu ditangani dan disangkal sewajarnya.
Malah hari ini, kepercayaan karut mengaitkan penghidap epilepsi dengan penyakit mental, dirasuk syaitan atau mangsa ilmu sihir masih wujud.
Dia meminta badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat-syarikat korporat memberi sokongan praktikal dan menyediakan maklumat berkaitan pemikiran positif bagi membantu mengubah tanggapan umum tentang epilepsi.
Bagi pesakit yang menghadapi masalah menangani keadaan ini, dia menasihatkan pesakit terutamanya yang muda untuk mengikuti tiga langkah mudah:
Pertama, menyemai pemikiran positif dan yakin bahawa anda boleh terus menjalani kehidupan normal.
Kedua, ubah tanggapan anda tentang epilepsi. Ia boleh diuruskan dengan ketetapan minda dan rawatan yang sewajarnya.
Ketiga, bekerja keras untuk membina tahap keyakinan dan menambah baik kehidupan anda.


KEAJAIBAN VIVIX SHAKLEE IKHTIAR PELBAGAI PENYAKIT




Memperbaiki DNA : Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut. Vivix sesuai diambil oleh mereka selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal. 

Memperbaiki tenaga sel : Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh. 

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi: Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix mengembalikan keremajaan. 






Bagaimana mahu membeli vitamin ini?

Cara 1
Anda boleh terus klik ke VIVIX ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

Cara 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Ampang, Cheras, Sentul, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Ampang, Cheras, Sentul.



COD Area Ampang, Cheras dan Sentul






Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,
Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436







Warnakan rambut beri kesan kepada payudara

9:44 PM 0 Comments

Mungkin kita sudah biasa lihat orang, kawan-kawan atau ahli keluarga terdekat yang mewarnakan rambut. Ye la ada sesetengah daripada kita yang mewarnakan rambut ini hanyalah suka-suka untuk cantik, memenuhi permintaan sesuatu majlis ataupun mengikut trend terkini.
Tapi pernahkah kita terfikir kesan atau akibat daripada warnakan rambut itu? Mngkin tak kan? Alahhh…setakat warna je, tak beri apa-apa kesan pun…Haaa.. sekarang jom kita kenali apa kesan selepas daripada warnakan rambut.

WARNAKAN RAMBUT CETUS KANSER PAYUDARA




Apabila kita kerap mewarnakan rambut, ianya mungkin berisiko 23% kepada kanser payudara daripada golongan wanita. Kajian yang di jalankan oleh University Of Helsinki, Finland itu mendapati kandungan karsinogen dalam pewrna rambut boleh bertindak balas dengan bahan tercemar dalam udara untuk membentuk tumor ataupun ketumbuhan dalaman.
Pewarna rambut buatan sendiri mahupun yang diguna pakai di salun, kedua-duanya memunyai bahan kimia berbahaya yang mungkin mencetuskan barah
Namun begitu, belum ada bukti kukuh yang boleh menunjukkan bahawa mewarnakan rambut boleh meningkatkan risiko kanser payudara tetapi bahan-bahan yang terdapat dalam kandungan pewarna rambut adalah berisiko.

ANTARA BAHAN KIMIA BERBAHAYA TERMASUKLAH : 

  1. Paraphenylenediamine
  2. Lawsone
  3. Peroxide
  4. Nonylphenol
  5. Octylphenol
  6. Ammoniated Mercury

RAWAT DENGAN VIVIX






Bagaimana mahu membeli vitamin ini?

Cara 1
Anda boleh terus klik ke VIVIX ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

Cara 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Ampang, Cheras, Sentul, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Ampang, Cheras, Sentul.


COD Area Ampang, Cheras dan Sentul






Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
IG : @eyranadzirah







Najis berdarah gejala kanser usus

9:27 PM 0 Comments
Antara kanser yang amat dikenali di Malaysia ialah kanser usus. Ia antara kanser utama yang dihidapi penduduk Malaysia terutama lelaki dan juga kaum Cina. Ia juga penyumbang kematian utama akibat kanser di negara ini.
Usus manusia membabitkan kawasan yang merangkumi usus kecil bermula dari pangkal yang bersambung dari perut, menjadi usus besar hinggalah ke lubang dubur.
Kanser boleh tercetus di mana-mana sepanjang saluran itu.


Keturunan bukan faktor utama berlakunya kanser usus. Faktor penyumbang kepada kanser usus termasuk peningkatan usia, pengambilan makanan yang tinggi dengan lemak, daging merah yang diproses, minuman keras, merokok dan juga kegemukan.


Golongan lelaki lebih berisiko menghidap kanser usus berbanding wanita. Simptom bagi kanser usus bergantung pada lokasi di mana kanser itu terbentuk.

Ada pesakit mengalami simptom susah membuang najis. Ada pula keadaan di mana sukar membuang air berselang-seli dengan cirit-birit yang berlaku berulang kali serta berpanjangan.
Muntah, hilang selera makan, susut berat badan secara mendadak boleh berlaku. Ada kalanya najis pesakit bercampur dengan darah.
Jika simptom ini berlaku, pesakit hendaklah segera berjumpa doktor. Pemeriksaan klinikal boleh membantu mengenal pasti sama ada seseorang itu disyaki menghidap kanser usus atau tidak.
Untuk pengesahan, pemeriksaan menggunakan imbasan tomograf berbantukan komputer (CAT scan) perlu dijalankan bagi mengenal pasti bahagian usus yang terbabit dengan kanser, sama ada kanser itu sudah merebak juga dapat memberi gambaran pilihan rawatan kepada pesakit.
Ujian darah juga perlu dilakukan untuk melihat keadaan fizikal pesakit. Pilihan rawatan bergantung pada ujian imbasan dan keadaan fizikal pesakit.
Pilihan sama ada pembedahan, kemoterapi atau radioterapi perlu dibincangkan antara pesakit juga keluarga supaya semua risiko dipertimbangkan.
Perlu diingat, jika pembedahan tidak dilakukan, kadar kebarangkalian
kematian juga adalah tinggi. Mereka yang mempunyai risiko, disaran menjalankan ujian darah berkala. Ada ujian darah yang dapat mengenal pasti kanser usus tahap awal.
Apa yang penting ialah penjagaan kesihatan seperti menjaga berat badan, tidak merokok serta tidak mengambil minuman keras.
Selain itu minum air kosong sekurang-kurangnya lima gelas sehari dapat mengurangkan risiko menghidapi kanser usus.

RAWAT KANSER USUS DENGAN VIVIX

Rawatan bagi kanser usus biasanya adalah pembedahan. Pmbedahan dilakukan dengan memotong bahagian usus yang berpenyakit dan menyambung semula usus yang telah dipotong atau di bawa keluar ke otot perut sebagai beg najis (stoma).
Selain peembedahan, rawatan susulan seperti kimoterpi  dan radioterapi juga dilakukan dan ia bergantung kepada tahap kanser.
Untuk rawatan alternatif saya cadangkan pengambilan vivix shaklee yang merupakan antioksidan terbaik bagi mencegah dan merawat kanser. 



Bagaimana mahu membeli vitamin ini?

Cara 1
Anda boleh terus klik ke VIVIX ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

Cara 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Ampang, Cheras, Sentul, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Ampang, Cheras, Sentul.


COD Area Ampang, Cheras dan Sentul






Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,
Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436







Perubahan pada diri, segera buat pemeriksaan. Mungkinkah Kanser?

9:01 PM 0 Comments
BILANGAN pesakit kanser di seluruh dunia semakin bertambah dan dijangka akan terus meningkat. Kira-kira 8.2 juta orang meninggal dunia akibat kanser pada setiap tahun, yang mana empat juta daripadanya meninggal muda (antara umur 30 tahun hingga 69 tahun).
Lebih membimbangkan apabila dalam tempoh 10 tahun akan datang, kematian akibat kanser dijangka meningkat hingga lebih 14 juta orang setiap tahun.
Bagaimanapun, lebih daripada sepertiga daripada kematian tersebut sebenarnya boleh dicegah, dan jika dikesan lebih awal, banyak jenis penyakit kanser boleh diubati.
Di Malaysia, terdapat lebih 100,000 orang menderita kerana kanser, dengan sebahagian besarnya adalah wanita.
Dianggarkan satu dalam empat orang rakyat negara ini akan mendapat kanser dan antara puncanya berkaitan dengan gaya hidup.
Lima jenis kanser yang kerap dihidapi rakyat Malaysia ialah kanser payudara, usus, paru-paru, rahim dan tekak.
Kanser menyerang seseorang dengan pelbagai cara, namun setiap orang boleh mengurangkan risiko atau menghindari penyakit ini.

HARI KANSER SEDUNIA
Hari Kanser Sedunia yang disambut pada setiap 4 Februari, menjadi peringatan apa yang boleh dilakukan, apa pilihan anda atau apa yang hendak dilakukan bagi mengelak daripada kanser.

Perunding Klinikal Onkologi dan Radioterapi, Hospital KPJ Damansara, Dr. P. Sangeetha berkata, kempen kesedaran mengenai kanser yang banyak dijalankan sama ada oleh kerajaan mahupun swasta, membantu meningkatkan kefahaman orang ramai bagi menjalani pemeriksaan di hospital.

Katanya, masyarakat sekarang terutama wanita sangat peka jika terdapat perubahan pada diri mereka.

Mereka tidak mahu menunggu dan akan terus datang ke hospital bagi menjalani pemeriksaan imbasan dan sebagainya bagi memastikan mereka tidak menghidap penyakit yang amat ditakuti ini.

“Jika mereka merasakan terdapat ketulan pada payudara, mereka akan terus ke hospital bagi mendapatkan kepastian. Kanser boleh dielakkan jika dikesan awal.

“Selain pesakit yang mengesyaki kanser kerana ketulan yang terdapat pada payudara, terdapat juga kumpulan wanita yang datang apabila merasakan mereka mempunyai simptom penyakit tersebut.

“Golongan muda juga mesti berhati-hati dan peka kerana kanser bukan hanya menyerang golongan berusia malah sekarang ramai golongan muda yang mendapatnya.

Wanita yang berusia lebih 40 tahun dan individu yang ahli keluarganya pernah mendapat kanser mesti sering melakukan ujian darah, pap smear dan sebagainya kerana risiko mereka adalah lebih tinggi. Lebih awal dikesan lebih tinggi peluang untuk sembuh,” katanya semasa lawatan media ke Fasiliti Kanser, Hospital Pakar KPJ Damansara, di Petaling Jaya, Selangor baru baru ini.

Lawatan tersebut termasuklah ke Suite Radiologi, Fasiliti X-Ray dan Penjagaan Harian Kemoterapi.
Dr. Sangeetha menambah, peluang untuk sembuh bergantung pada tahap penyakit.
Jika tahap satu, peluang untuk sembuh ialah di antara 80 hingga 90 peratus.
Bagaimanapun, jika telah tahap empat, sel kanser telah merebak ke banyak tempat dan banyak rawatan yang perlu dilakukan.
“Oleh itu, datang sebelum sakit dan buat pemeriksaan kesihatan. Jika mengesyaki kelainan pada tubuh seperti berat badan yang tiba-tiba turun, buang air besar berdarah, terdapat tahi lalat besar yang luar biasa, demam tanpa sebab, bonjolan dan sebagainya, segera berjumpa doktor.
“Orang akan takut apabila dengar sahaja mengenai kanser berikutan bermacam cerita yang menakutkan mengenainya, seperti kemoterapi dan kesan-kesan sampingannya.
“Bagaimanapun, setelah melaluinya, mereka tidak berasa teruk sangat. Berjumpa dan berbual dengan pesakit-pesakit kanser lain membuatkan mereka boleh menerima hakikat tersebut,” katanya.

Apa peranan kita?



1. Cegah Kanser
Perubahan gaya hidup bermakna semakin ramai orang di seluruh dunia adalah terdedah pada faktor risiko kanser seperti merokok, pemakanan yang tidak dijaga dan malas bersenam. Mendidik dan menjelaskan pada individu dan komuniti mengenai kaitan risiko kanser dengan gaya hidup adalah langkah pertama yang berkesan ke arah pencegahan kanser.

2. Wujudkan Sekolah Yang ‘Sihat’
Cara bagaimana kita mendidik kanak-kanak dan generasi akan datang adalah penting bagi langkah pencegahan dan rawatan kanser pada masa depan. Sekolah mempunyai peranan penting dalam pencegahan kanser. Kita mesti mewujudkan budaya sihat dengan menyediakan makanan berkhasiat, tidak menggalakkan merokok dan mempunyai masa untuk riadah serta sukan serta memasukkan mata pelajaran pendidikan fizikal dan pemakanan yang sihat dalam kurikulum sekolah.

3. Wujudkan Persekitaran Tempat Kerja Yang Sihat
Ramai yang menghabiskan sebahagian besar masa mereka di tempat kerja. Oleh itu, tempat kerja adalah tempat terbaik bagi mewujudkan tabiat yang sihat. Syarikat-syarikat harus digalakkan memberi keutamaan terhadap gaya hidup yang sihat di tempat kerja dan memberikan pendidikan mengenai pentingnya senaman dan pemakanan sihat, bahaya merokok dan faktor risiko kanser yang lain.

4. Wujudkan Bandar Sihat
Hari ini, 54 peratus populasi dunia tinggal dalam persekitaran bandar dan dijangka meningkat pada 66 peratus menjelang 2050. Semakin moden dunia, semakin bertambah pembangunan di bandar. Justeru itu perkhidmatan kesihatan perlu ditambah kepada semakin ramai penduduk bandar yang menjalani gaya hidup aktif bagi mengurangkan faktor risiko kanser.

5. Pengesanan awal selamatkan nyawa
Mendiagnos kanser bukannya mudah kerana bukan semua kanser menunjukkan tanda-tanda awal dan simptom dan semua tanda lain mungkin lambat dapat dilihat. Bagaimanapun, bertambahnya kesedaran tanda-tanda dan simptom kanser dan pentingnya rawatan awal menunjukkan ramai yang terselamat daripada kanser.

BAGAIMANA VIVIX DAPAT BANTU KANSER?

Tiada apa yang mengembirakan hati seorang ibu bila melihat anaknya sihat dan ceria. Namun, tiada siapa dapat menolak takdir Illahi apabila diuji dengan penyakit. Apabila diuji bukan bermakan kita hanya berserah dan tidak melakukan apa-apa usaha untuk mengatasinya.

Ikuti pengalaman Puan Saadiah yang telah memberikan vivix pada anak beliau apabila anak beliau diuji mendapat kanser Hodgkins Lymphoma tahap 4 pada usia 10 tahun. 








Bagaimana mahu membeli vitamin ini?

Cara 1
Anda boleh terus klik ke VIVIX ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

Cara 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Ampang, Cheras, Sentul, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Ampang, Cheras, Sentul.

COD Area Ampang, Cheras dan Sentul






Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
IG : @eyranadzirah







Sunday, April 16, 2017

Diet Bulan Puasa dan Gastrik Tidak Halang Berpuasa

9:50 PM 0 Comments



Sebenarnya semasa berpuasa, seluruh sistem penghadaman berehat dan rembesan asid hidroklorik dalam perut akan menurun dan masalah senak perut akibat  asid perut yang tinggi atau sakit perut tidak sepatutnya timbul (sila baca 2x).

Mari kita halusi apa itu Gastrik :
Sejenis kuman yang menyebabkan penyakit perut atau gastric dinamakan Helicobacter pylori atau H.pytori.

Untuk mengelakkan gastrik, seeloknya kita berubah tabiat makan dengan serat yang tinggi dan kurangkan berempah. Memang pertama hari berpuasa, rasa perut tidak selesa dan pening2 adalah normal sebab perut telah terbiasa tabiat kita makan pada waktu tertentu. Jadi itu semua adalah perasaan sahaja hehe.

Gastrik sebenarnya bukan alasan tidak berpuasa dan disokong oleh artikel kesihatan ini.


Bagaimana Shaklee boleh bantu untuk atasi GASTRIK?

SET GASTRIK SHAKLEE (SET LENGKAP):


1. Energizing Soy Protein (ESP)

Kalau tak boleh minum SUSU mase sakit gastrik menyerang, korang boleh minum ESP. ESP ni penting untuk memulihkan dan membina sel-sel sihat dalam perut. Lepas minum ESP ni, memang terase perut lega sikit.. Kalau korang jenis yang tak bole berlapar macam saya, memang kena standby ESP ni. So, bile-bile terasa lapar, cepat-cepat bancuh ESP dan minum. Saya suke shakes ESP ni dengan Meal Shakes atau Performance Drink atau Tamar Cocoa. ESP ni boleh menggantikan Minum Pagi atau Minum Petang atau Late Supper yang tak berapa sihat contohnya burger.


2. Alfalfa Complex

Alfalfa Complex bersifat alkali. So, ia amat-amat membantu mengembalikan kenormalan perut yang berasid. Korang tau kan antara punca Gastrik terjadi adalah sebab rembesan Asid Hidroklorik yang dah menghakis dinding perut. So, Alfalfa akan membantu menyeimbangkan tahap pH dalam perut ke paras yang sihat.. Asid Hidroklorik ni sangat berasid tau.. Boleh sampai melarutkan besi !!! Haaa.. Bayangkanlah kalau asid ni menghakis dinding perut kite. Macam mane tak sakit..

Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti Kembung, Hyperacidity, Ulser Perut, Hepatitis dan Sembelit.

  • Bantu buang Angin dalam badan
  • Buang TOKSIN dalam badan.

3. Peppermint-Ginger Plus


  • Kandungan Pudina dalam Peppermint-Ginger Plus bantu melegakan otot perut. Juga sebagai penenang.
  • Bantu legakan pedih ulu hati dan cirit-birit.
  • Kandungan Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan.
  • Kandungan Fennel (Jintan Putih) menghilangkan Kembung Perut. Melegakan sakit perut. Juga membantu dalam masalah alahan pada saluran usus.
  • Kandungan Cekur Manis (Jintan Manis) melegakan masalah pencernaan

4. Omega Guard


  • Omega Guard membantu meredakan keradangan perut
  • Menghalang saluran perut dan usus dari terjadinya Ulser Perut. Ulser Perut ni lagi dasat dari Gastrik tau.. Boleh jadik KANSER PERUT !!! So, korang jangan biarkan masalah Gastrik ni berlarutan ok..

5. Zinc Complex


  • Zinc Complex menggalakkan pemulihan segera sel-sel dan tisu perut.

6. Ostematrix


  • Membantu buang Angin dalam badan.
  • Memperbaiki Hiperaktiviti perut dan melegakan Sakit Gastrik.
  • Sebagai penenang. Ringankan STRESS.
  • Tidur malam lebih lena.
  • Kurangkan Sakit Kepala





Bagaimana mahu membeli vitamin ini?



Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Ampang, Cheras, Sentul, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Ampang, Cheras, Sentul.

COD Area Ampang, Cheras dan Sentul


Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,
Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436