Follow Us @soratemplates

Friday, December 15, 2017

ELYSIAN SKINCARE

9:32 PM 0 Comments
Jangan fikir kulit ni kekal cantik tanpa penjagaan yang rapi dan sempurna. ANDA SILAP.
.
Yuols boleh disiplin makan vitamin? Makan buah hari-hari? Makan sayur... Kalau boleh.. Tahniah.. Anda Ohsem.
.
Tapi kalau tak buat semua tu jangan tak tahu kulit makin kusam dan nampak tua dari usia tau. .
.
Kulit pun perlu makanan. Dalam sebotol Elysian Booster Serum dah cukup tau segala nutrisi untuk kulit. Kena konsisten.. Pasti berhasil..




RUBY CELLACTIVE®-WHITE will be launch next week. Mesti ramai kan yang tak sabar nk cuba set ruby baru ni. Ramai juga tanya apa tu cellactive®-white??.. Meh hakak explain sikit... . RUBY CELLACTIVE®-WHITE Cell Active White telah dihasilkan untuk FOKUS memberikan pencerahan pada kulit. Formulasi daripada Vitamin B3, Ekstrak sulphur dari selada air / "watercress" dan "bio-available zinc" menghasilkan kesan pencerahan secara semulajadi pada kulit. "Essential cell boost factor"/ perangsang sel yang penting menghasilkan kulit yang lebih cerah dan lebih sekata. Hasil formulation 4 bahan aktif dalam cell active white akan menjadikan kulit lebih cerah,bersih, dan berseri tanpa sebarang cela dengan selamat dan berkesan.








Jom tengok IG @madam3yra
















BANGKIT AURA UMUR 30

9:14 PM 0 Comments


Mencecah usia 30-an biasanya membawa aura perubahan cukup besar buat wanita. Sekalipun baru sehari menginjak ke umur baru, sudah pasti banyak perkiraan yang dulunya dipandang sepi, tetapi kini muncul begitu kerap dalam fikiran.




Bagi mereka yang sudah melangkah ke alam pekerjaan dan menyandang jawatan tetap, umur 30 biasanya dianggap waktu tepat untuk mereka meningkatkan komitmen dalam kerjaya seiring dengan keluarga.

Namun bagi yang masih tidak sampai ke tahap yang diimpikan, tekanan pasti muncul mendadak. Banyak perkara dalam senarai perlu dikejar sehingga terlupa kepentingan diri yang sebenar. 

Hakikatnya, umur bukan sekadar pertambahan angka. Sebelum memikirkan soal kerjaya dan keluarga, ada baiknya jika wanita menumpukan sedikit perhatian kepada mereka sendiri. Realiti hari ini menunjukkan ramai wanita mengorbankan diri mereka tanpa sedar kerana terlalu taasub mengejar pencapaian hidup. Malah, ramai yang hilang fokus terhadap diri sendiri berikutan menumpukan sepenuh perhatian kepada kehendak dan keperluan dalam berkeluarga.

Perlu diingat bahawa tidak kira apapun situasi yang dihadapi kini atau mendatang, wanita tetap perlu mencuri sedikit masa untuk sentiasa tampil cantik, berkeyakinan, sihat serta sejahtera dalam pelbagai sudut.

Ikuti beberapa tip yang perlu diberi perhatian oleh setiap wanita khususnya mereka yang sudah mencecah umur 30, tidak kira bujang ataupun sudah berkeluarga.


TIDUR MENCUKUPI

Tinggalkan seketika kerisauan anda pada kerja dan keluarga. Beri masa dan ruang untuk tubuh mendapatkan kembali rehat yang berkualiti. Tempoh tidur sepatutnya bagi orang dewasa dalah enam hingga lapan jam sehari. Jika anda tidak berkesempatan berehat di rumah, manfaatkan 15 minit waktu makan tengah hari di pejabat untuk melelapkan mata buat seketika. Sama seperti kerja, tidur berkualiti lebih bagus berbanding kuantiti. 


KURANGKAN GULA

Tekanan di pejabat dan di rumah kerap dijadikan alasan untuk wanita untuk mengambil gula berlebihan. Uruskan jadual makan sebaiknya untuk mengurangkan kecenderungan mengambil lebih kalori pada waktu malam. Bagi wanita yang sudah berkeluarga, elakkan menjadi orang terakhir di meja makan. Gantikan manisan dengan buah-buahan segar.



BERSENAM

Dapatkan video senaman ringkas daripada laman Youtube atau seumpamanya. Disiplinkan diri untuk melakukan senaman sekurang0kurangnya 150 minit seminggu. Senaman bukan sekadar untuk sihat. Cuba cari panduan senaman yang boleh membantu mengurangkan tekanan dan membetulkan kembali postur badan. Paling mudah, amalkan duduk dalam postur yang betul ketika bekerja, makan atau berehat. Ia mampu mengurangkan berat badan. 




LINDUNGI KULIT

Sampai masanya anda meninggalkan produk penjagaan wajah untuk kulit remaja dan mencuba produk anti penuaan. Ramai wanita mengambil mudah soal penggunaan kulit kerana terlupa akan kesan perubahan umur. Cuba belek wajah di depan cermin dan bandingkan dengan diri anda 10 tahun yang lalu. Anda mungkin berasa diri awet muda, tetapi penuaan sentiasa berlaku.



JOM BACA INFO elysian skincare


GAYA SOLEKAN


Jika dulu anda bersolek ringkas, mungkin kini anda perlu sedikit perubahan. Tetapkan gaya anda seiring dengan usia. Cari imej yang sesuai dengan diri dan elakkan solekan berlebihan supaya tidak nampak lebih tua daripada usia. Amalkan pemakaian losen pelembap, krim perlindungan UV, semburan wajah dan pelembap bibir untuk membantu kulit sentiasa anjal.



KAWAL TEKANAN


Ini kunci utama untuk wanita lebih matang pada usia 30-an. Ketahui kepentingan diri, keluarga dan kerjaya supaya anda boleh lari daripada tekanan. 


VIVIX Shaklee Untuk Kelihatan Awet Muda


Vivix™ merupakan antara supplemen anti-penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan oleh Shaklee selepas melakukan kajian bertahun lamanya. 
Mengapa Vivix™ dikatakan untuk anti-penuaan ataupun untuk awet muda???

Apakah itu Vivix™?

Vivix™ mengandungi resvestrol. Resvestrol adalah antioksida yang sangat tinggi, anti-inflamasi (anti keradangan) dan anti-kanser. 

Ramuan utama yang digunakan dalam menghasilkan Vivix™ adalah bahan yang sukar ditemui. Iaitu campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu

Mengapa menggunakan bahan-bahan yang tidak pernah didengar pun?
Sebab bahan-bahan tersebut sangat kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. 

Semua bahan-bahan ini sukar ditemui dan sangat mahal dibeli secara mentah.

VIVIX Shaklee Untuk Kelihatan Awet Muda

Vivix telah direka khusus untuk menangani 4 mekanisme utamapenuaan selular dan Shaklee mempunyaibuktisaintifik untuk menyokong semua tuntutan untuk bahan-bahan dalam VivixDalam kajian makmal, ramuan Vivix  telah ditunjukkan memberi kesan kepada empat mekanisme utama penuaan selular iaitu:

1. Membantu melindungi dan membaiki DNA selular

Setiap hari kita terdedah kepada ancaman kerosakan sel DNA dan memberi kesan ‘typo’ kepada sistem pangkalan kita. Disebabkan kesilapan ini menyebabkan gangguan pada fungsi sel dan kurang panjang umur.


2. Pengawalan Genetik

Vivix memberi kesan positif kepada pengawal genetik iaitu dengan mengaktifkan satu pengawal genetik utama bagi memperlambatkan tahap kemerosatan penuaan.

3. Pengeluaran Tenaga yang semakin menurun

Mitokondria iaitu kilang penghasilan tenaga dalam badan menurun menyebabkan tenaga sel badan semakin lemah dan mempengaruhi tahap metabolisma kita.

4. Pengumpulan AGE (Advance Glycation End Products)

AGE adalah proses tindakbalas yang berlaku antara sel protein dengan gula. Kerosakan sel berlaku disebabkan oleh penimbunan AGE yang berlaku.


Disebabkan Vivix™ mengandungi resvestrol iaitu antioksida yang sangat tinggi maka dengan pengambilannya akan memperbaiki dan menjadi benteng pertahanan pada sebarang kerosakan sel.
Apabila sel-sel badan kita sentiasa di diperbaharui maka ia dapat menghalang dan mencegah penyakit-penyakit yang kronik seperti kanser, penyakit jantung, diabetes, Alzhemer, lumpuh dan sebagainya.

Bila dah tahu tentang khasiat VIVIX nie memang mengujakan tambahan ia untuk awet muda sekali tue…
Yela kan sel-se badan yang sentiasa di renew akan tampak segar dan sihat..







Bagaimana mahu membeli vitamin ini?

Cara 1
Anda boleh terus klik ke VIVIX ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

Cara 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Ampang, Cheras, Sentul, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Ampang, Cheras, Sentul.
COD Area Ampang, Cheras dan Sentul






Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
Instagram : @eyranadzirah







Kajian Buktikan Air Mani Boleh Merawat Kemurungan Isteri & Kukuhkan Perkahwinan

3:35 PM 0 Comments

Haa... jangan tak tahu. Air mani suami boleh membuatkan isterinya bahagia!

Apa yang boleh membuatkan seorang isteri bahagia?
Biasanya, seorang isteri akan bahagia jika mereka diberi layanan dan perhatian yang sepenuhnya, dibelanja suami keluar tengok wayang, atau beli sebarang buku menarik, atau dapat makan makanan yang enak.
Tapi, ada satu lagi yang boleh buat isteri bahagia – air mani suaminya!

Perbezaan antara air mani dan sperma

Sebenarnya, air mani dan sperma bukan benda yang sama. Air mani adalah cecair berwarna putih yang keluar daripada zakar apabila seorang lelaki mencapai orgasma.
Manakala, sperma adalah “cecair individu” yang terkandung dalam air mani yang boleh membuatkan seorang wanita hamil.
Apabila seorang lelaki mengalami ejakulasi, air mani yang keluar mungkin banyak, tapi kandungan sperma di dalamnya mungkin hanya mencapai sebanyak 3% saja.

Bagaimana seorang isteri boleh bahagia dengan air mani suaminya?

Air mani seorang lelaki mengandungi pelbagai unsur nutrien yang boleh diserap masuk ke dalam aliran darah.
Dan kajian telah membuktikan nutrien ini amat berguna untuk badan wanita!
Tapi, jangan anda pergi minum air mani tersebut pula ya… Hehe! Segala nutrien daripada air mani boleh diperoleh apabila ia dilepaskan dalam faraj.

Zat yang terkandung dalam air mani

Menurut theAsianparent Filipina, wanita boleh bahagia kerana kandungan zat yang ada dalam air mani. Antaranya ialah:
  1. Zat endorfin, estrone, prolaktin, estrogen, oksitosin, prostaglandin, tirotropin dan serotonin: kandungan zat ini boleh meningkatkan mood anda.
  2. Melatonin: memudahkan anda untuk tidur
  3. Kortisol: meningkatkan perasaan sayang dan mengurangkan tekanan
  4. Dua hormon wanita – hormon perangsang folikel dan hormon luteinizing: menghilangkan tekanan dan menggalakkan ovulasi
  5. Imunosupresan: zat semulajadi dalam air mani yang menghalang sistem imun badan wanita membunuh sperma
  6. Gula: air mani mengandungi fruktosa untuk memberi makan pada sperma
  7. Air: Kepekatan air mani bergantung pada jumlah air yang ada di dalamnya. Makin pekat air mani, makin banyak nutrisi yang bermanfaat untuk wanita. 

Kebaikan melakukan seks tanpa kondom

Penelitian dan penyelidikan telah membuktikan wanita yang melakukan hubungan seks tanpa kondom dua kali lebih bahagia dan lebih puas. Mengapa? 
Ia kerana air mani mengandungi zat estrogen dan prostagladin yang menurunkan paras kemurungan pada wanita.
Manakala, zat oksitosin pula membantu wanita berasa “lebih intim” dengan pasangan. 
Pakar psikologi dari SUNY-Albany, Gordon Gallup mengulas – wanita yang melakukan hubungan seks tanpa kondom memiliki tahap risiko yang rendah daripada mengalami kemurungan.
Ha… jadi apa tunggu lagi? 
Seelok-eloknya, seks tanpa kondom bagus untuk wanita hamil yang sering mengalami masalah perubahan mood dan kemurungan.
Malah, ia juga bagus untuk pasangan yang sedang cuba untuk mendapatkan cahaya mata.
Jom cuba! Hehe.

7 Makanan Pekatkan Air Mani



1. Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isipadu air mani dan bilangan sperma seperti madu dan extrak tongkat ali. Herba tongkat ali terbukti berkesan dalam meningkatkan hormon testosterone dan DHEA yang secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang sperma.

2. Telur ayam kampung – Dalam telur ayam kampung terdapat zat besi, kalori, protein, retinol, thiamin, karbohidrat, vitamin E, omega-3, lemak, vitamin D, vitamin C, lecithin dan betakaroten. Biasanya telur ayam kampung dimakan bersama dengan madu lebah asli untuk menambahkan khasiatnya.

3. Kekacang juga membantu meningkatkan sperma. kacangan termasuk dalam sumber omega-3 yang baik untuk diamalkan. Selain melindungi jantung, ternyata kacang, terutama walnut, bermanfaat menyihatkan sperma. Kandungan asam lemak dalam walnut, semacam kacang kenari, memberi positif pada perkembangan sperma. Dalam kajian, lelaki yang mengamalkan walnut selama 12 minggu mengalami peningkatan kekuatan, pergerakan, serta bentuk sperma yang positif.

4. Makan makanan yang boleh membantu meningkatkan kualiti dan bilangan air mani. Antaranya adalah sayur asparagus, bawang merah, bawang putih, brokoli, buah pisang dan tiram.

5. Makanan yang kaya dengan zink dapat memantapkan kilang sperma.

6.Ambil buah-buahan yang kaya dengan vitamin C. Vitamin C boleh membantu badan anda untuk hasilkan lebih banyak sperma.

7. Pengambilan Suplemen tambahan untuk memberi nutrisi secukupnya.

Bagaimana Suplemen Membantu Untuk Kesuburan Lelaki?

Secara lazimnya makanan yang dicadangkan untuk kesihatan dalam lelaki adalah makanan yang kaca dengan zink, vita E dan omega 3. Jadi untuk memastikan pemakanan kita betul dalam diet seharian serta memudahkan kerja pengambilan suplemen adalah sangat di galakkan.

vitamin kesuburan lelaki

1. Omega Guard Shaklee

Omega Guard turut disarankan kepada golongan lelaki memandangkan mereka juga berisiko menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan stroke. Khasiat yang terkandung dalam omega berupaya mencegah pelbagai penyakit yang berkaitan dengan sistem kardiovaskular.
Satu hidangan omega guard membekalkan 990mg asid lemak omega 3 yang terkandung di dalam Omega Guard Shaklee.

2. Vita E Complex

Vitamin E merupakan sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat di samping meningkatkan fungsi peparu, kolon dan keimunan. Bagi lelaki vitamin E memberi kebaikan dalam mencegah kanser prostat.
Satu kapsul gel lembut Vitamin E membekalkan 400IU vitamin E daripada sumber semulajadi dan 10mcg selenium sebagai pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti Vitamin E.

3. Zinc Complex

Zinc merupakan satu komponen yang amat penting dalam proses tumbesaran dan perkembangan tubuh badan. Ianya hadir di dalam tubuh badan sebagai sebahagian daripada tindakbalas enzim di mana ianya terlibat di dalam pelbagai aktiviti biokimia.

Satu tablet sehari sudah cukup untuk membekalkan 100% nilai harian bagi zinc.
Bagi lelaki zinc amat penting dalam sistem reproduktiviti. Ia membekalkan nutrien kepada sistem pembiakan lelaki di samping memelihara kesihatan keseluruhan sistem tersebut. Kajian mendapati pengambilan zinc di di kalangan lelaki dapat mengurangkan pembengkakkan pada kelenjar prostat dan mengatasi masalah yang berkaitan dengan sistem pembiakan lelaki.

Oleh itu pengambilan zinc amat digalakkan oleh golongan lelaki untuk mencegah penyakit dan masalah yang berkaitan dengan kesihatan lelaki seperti kanser prostat, kesuburan dan sebagainya.

Semoga dengan sedikit usaha dan ikhtiar untuk sihat secara semulajadi membuahkan hasil. Shaklee merupakan vitamin yang menggunakan bahan organic 100%, jadi sangat selamat dan berkesan.

4.Vivix

Apa yang penting untuk kita tahu, ialah kenali apa itu vivix. Vivix shaklee mempunyai kandungan Resveratrol yang sangat tinggi. Resveratrol ini bertindak sebagai anti-oksidan yang kuat berbanding anti-oksidan yang lain. Ini bermaksud, tinggi anti-oksidan maka semakin berkuranglah “Oxidative Damage”.

Dengan kata yang mudah, lebih banyak oxidative damage lebih banyak sel menjadi rosak, begitulah sebaliknya.

Bagi suami yang merokok tahap kesuburan adalah jauh lebih rendah berbanding mereka yang tidak merokok. Vivix juga mampu membantu perokok tegar untuk mengurangkan ketagihan atau terus berhenti merokok.

Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
Instagram : @eyranadzirah







Rambut Gugur Selepas Bersalin. Bagaimana Untuk Mengelakkannya?

3:20 PM 0 Comments

Ketidakstabilan hormon, tekanan dan kekurangan vitamin, semuanya boleh menyumbang kepada masalah keguguran rambut selepas bersalin. Mari baca pengalaman ibu ini dan ketahui tip untuk mengatasi masalah rambut gugur.


Tahukah anda tempoh pemulihan selepas melahirkan anak jauh lebih lama daripada yang kita fikirkan? Pada mulanya, saya tidak menyedarinya.
Tetapi 3-4 bulan selepas melahirkan anak, saya tiba-tiba perasan banyak rambut gugur di merata-rata tempat: dalam billik mandi, atas bantal, mana saja saya lihat, pasti ada rambut.
Yang paling sedih, apabila disikat, rambut saya akan gugur dengan banyaknya! 
Malangnya, fenomena rambut gugur selepas bersalin adalah perkara normalyang boleh berlanjutan selama beberapa bulan.
Malah sesetengah ibu boleh mengalami rambut gugur teruk sehingga ternampak tompok botak kecil di kepala.
Mari kita bincangkan mengapa fenomena ini boleh berlaku.

Apakah yang menyebabkan rambut gugur selepas bersalin?

Punca utama rambut gugur selepas bersalin adalah hormon yang tidak stabil
Ketika ibu hamil, keadaan rambut mereka berada di peringkat terbaik disebabkan aktiviti hormon pada peringkat yang optimum. 
Semasa mengandung, rembesan hormon wanita (estrogen) adalah lebih banyak.
Di bawah pengaruh hormon ini, badan ibu hamil kembali muda dan kadar pembaharuan sel sangat cepat.
Keguguran rambut dalam tempoh ini adalah minima: rambut yang telah berhenti tumbuh secara aktif tidak akan gugur.
Pada masa yang sama, ini tidak menghalang rambut baru dari terus tumbuh.
Peredaran darah yang lebih banyak dan lancar juga memainkan peranan positif dalam pertumbuhan rambut semasa kehamilan.
Selepas melahirkan anak, jumlah estrogen dalam badan ibu akan berkurang dengan mendadak, bersama dengan kesan-kesan positifnya.
Rambut-rambut, yang gugur dalam tempoh ini, sebenarnya adalah rambut yang sepatutnya sudah lama gugur.
Tetapi jumlah estrogen yang tinggi dalam badan ibu telah melambatkan proses ini.

Sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan rambut gugur

  • Faktor tekanan. Kelahiran anak adalah perubahan yang paling besar dalam kehidupan seorang wanita. Ibu baru mungkin akan rasa tertekankekurangan tidur dan mengalami kebimbangan kerana menjaga anak. Akibatnya, keadaan kulit dan rambut ibu akan semakin merosot.
  • Kekurangan vitamin. Kebanyakkan ibu hamil akan memakan vitamin tambahan sepanjang kehamilan mereka. Ini kerana janin akan menyerap semua nutrien yang diperlukan untuk membesar. Ibu cuma akan mendapat sisa nutrien sahaja. Sepanjang tempoh penyusuan susu ibu, proses ini akan berulang. Tetapi kali ini keperluan bayi yang baru lahir adalah lebih tinggi. Ibu boleh kekurangan vitamin, kerana sebahagian besar nutrien dalam badan digunakan untuk menghasilkan susu untuk anak.

Tip untuk mengelakkan rambut gugur dengan banyak

Malangnya, ia adalah mustahil untuk menghentikan keguguran rambut selepas bersalin.
Tetapi, ini tidak bermakna anda tidak boleh melakukan apa-apa untuk mengelakkan rambut anda gugur dengan lebih teruk.
Rawatan terbaik dalam keadaan ini adalah untuk meningkatkan penjagaan rambut dan mengambil vitamin untuk menguatkan tubuh badan.
  • jangan sikat rambut ketika ia masih basah
  • jangan gunakan alat pengering rambut dan alat pengeriting rambut buat sementara waktu (ia merosakkan lagi rambut)
  • elak daripada mewarnakan atau mengeritingkan rambut yang menggunakan bahan kimia
  • gunakan mask rawatan rambut khas untuk masalah rambut gugur. Produk rambut yang kaya dengan bahan-bahan seperti minyak bundockvitamin Adan minyak vitamin E juga boleh membantu rambut menjadi lebih sihat.
Selain itu, ibu juga harus mengikuti pemakanan yang sihat yang mengandungi banyak protein, kalsium, buah-buahan, dan sayur-sayuran kerana makanan adalah sumber utama vitamin dan nutrien. 
Ibu-ibu yang mengalami masalah rambut gugur yang berlanjutan atau sangat serius, perlu berjumpa dengan pakar untuk mengetahui puncanya dan cara untuk menangani masalah ini.
Biasanya, pakar akan menyarankan rawatan urut dan mesoterapi.

Petua Semulajadi Cara Atasi Rambut Gugur.

Terdapat juga petua dari generasi lama tentang cara atasi rambut gugur. Antaranya:

Petua 1: Perahan santan pertama sahaja.
Basahkan rambut, gunakan perahan santan ratakan di seluruh kulit kepala. Balut kepala dengan tuala selama 30 minit dan bilas dengan air bersih, jangan disyampu. Amalkan 2 hingga 3 kali seminggu.
Petua 2: Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
Petua 3: Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. Rambut anda akan kekal kuat dan hitam semulajadi.
Petua 4: Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Juga, elakkan mengikat rambut dengan getah.

CADANGAN SUPLEMEN / PRODUK SHAKLEE UNTUK MENGATASI RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN
ESP – sumber protein yang kaya dengan 9 asid amino penting untuk memastikan kesihatan dan kekuatan rambut disamping membantu pembinaan sel-sel baru yang lebih sihat untuk kesihatan tubuh badan secara menyeluruh.
BComplex – vitamin B lengkap untuk membantu pertumbuhan rambut dan meredakan tekanan (tekanan / stress juga boleh menyebabkan rambut gugur)
Vitalea (dengan zat besi) – multivitamin secara umumnya diperlukan oleh tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Zat besi pula diperlukan untuk mengangkut oksigen ke folikel rambut. Kekurangan oksigen akan membuatkan rambut menjadi rapuh dan tidak sihat.
Omega Guard – sumber omega-3 tulen yang penting dalam memelihara kesihatan rambut. Tubuh manusia tidak mampu untuk menghasilkan omega-3 dengan sendirinya. Asid lemak omega-3 juga dapat membantu meredakan keradangan yang berlaku pada akar rambut yang menyebabkan keguguran rambut.
Vivix – mengandungi gabungan resveratrol dan polifenol yang berfungsi untuk memperbaiki kesihatan secara keseluruhan pada tahp sellular. Sel yang sihat dapat menjamin tubuh yang sihat.


Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
Instagram : @eyranadzirah







Mengapa Pusat Terkeluar Ketika Hamil?

3:06 PM 0 Comments

Kaki bengkak? Itu biasa. Sakit belakang? Itu pun biasa. Pusat terkeluar? Itu pun mungkin biasa. Tetapi, tidak ada banyak penerangan tentangnya. Artikel ini ada membincangkan hal ini!


Perubahan fizikal badan ketika hamil memang tidak dapat dielakan.
Ada yang mengalami pertambahan berat yang mendadak, ada yang mengalami seri muka yang lebih cantik, malah ada yang mengalami bengkak kaki.
Semuanya pernah dikongsikan, namun bagaimana pula dengan para ibu yang mengalami pusat terkeluar ketika hamil? Sampai tersembul jadinya!
Kalau anda perasan, ini adalah salah satu bahagian yang jarang difikirkan.
Memang bukan semua, tapi ramai para ibu hamil yang mengalaminya, iaitu pusat yang terkeluar atau juga dikenali sebagai ‘outie‘.

Mengapa pusat terkeluar ketika hamil?

Pusar atau umbilicus ialah parut yang tertinggal selepas tali pusat dipotong ketika dilahirkan.
Bentuk pusar juga berlainan untuk setiap individu. Ia boleh terkeluar ataupun tenggelam.
Pusat yang terkeluar dikenali sebagai ‘outie‘ manakala pusat tenggelam dikenali sebagai ‘innie‘.
Namun pusat ‘innie’ juga boleh cembung ketika hamil. Terutamanya bermula trimester kedua.
Ini terjadi apabila perut mula membesar dengan cepat dan pusat tertolak keluar.
Ada sesetengah ibu hamil akan mengalami  pusat terkeluar sepenuhnya. Namun tidak semua mengalaminya. 

Perlukah anda risau dengan pusat terkeluar?

Sebenarnya, pusat terkeluar ketika hamil merupakan perkara yang normal. Kerana apabila perut membesar, wujudnya tekanan di kawasan ini.
Walaubagaimanapun, pusat terkeluar juga merupakan tanda hernia tali pusat. Sekiranya terdapat rasa sakit dibahagian timbul atau pusat, ia mungkin hernia.
Hernia ialah jangkitan yang normal pada bayi. Namun, jangkitan ini turut boleh terjadi kepada wanita hamil.
Tetapi kalau anda nak tahu, hernia memberikan risiko yang lebih besar kepada bayi di dalam kandungan.

Apa yang perlu dilakukan jika anda mengesyaki ianya hernia tali pusat?

Apa yang terbaik untuk anda buat ialah membiarkan ia pulih dengan sendiri. Kerana sebarang prosedur semasa hamil adalah berisiko tinggi.
Tetapi, jika keadaan menjadi lebih serius, pembedahan perlu dilakuan. Komplikasi ini adalah sangat jarang terjadi.
Ingat, anda perlu memberinya perhatian jika mulai rasa tidak selesa atau sakit.
Sama ada pusat terkeluar atau tenggelam, berbanggalah dengan kehamilan anda.
Kehamilan adalah satu pengalaman yang indah dan hanya wanita sahaja yang boleh merasainya.
Jangan risau, pusat anda akan kembali ke bentuk asal selepas habis berpantang nanti 🙂

sumber



Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
Instagram : @eyranadzirah