Follow Us @soratemplates

Thursday, February 15, 2018

Serbuk Protein Bina Badan

Serbuk protein semakin popular sebagai makanan tambahan yang berkhasiat di kalangan pengemar gimnasium. Jika anda ke gimnasium anda mungkin perasan sesetengah dari mereka mengoncang dan meminum serbuk protein tersebut selepas melakukan senaman. Sesetengah dari mereka juga bercakap mengenai di mana boleh mendapatkan produk tersebut.



Sekarang ini, anda boleh mendapatkan serbuk protein di kedai makanan tambahan atau di internet. Apa sebenarnya serbuk protein? Adakah ianya hanya untuk ahli bina badan atau kepada sesiapa sahaja sebagai makanan tambahan seharian?
Apakah itu serbuk protein?
Ia datang dalam pelbagai bentuk. Tiga jenis yang biasa adalah dadih, soya dan protein kasein. Dadih paling kerap digunakan kerana ianya protein susu yang larut air. Ianya juga adalah protein lengkap kerana mempunyai sembilan asid amino penting untuk keperluan manusia.
Makanan seperti daging, tenusu dan telur adalah contoh protein lengkap. Sebaliknya, kebanyakan sayuran, nasi dan kanji adalah protein tidak lengkap kerana kekurangan satu atau lebih asid amino.
Ia sebenarnya adalah hasil sampingan dari pembuatan keju. Apabila diasingkan daripada kandungan keju, sisa yang melalui proses penulenan dan pengeringan yang akhirnya menjadi serbuk. Institut Protein Whey mengelarnya sebagai “piawaian emas” kerana ianya membantu atlet untuk mendapatkan jisim badan tanpa lemak serta fizikal yang mantap..



Salah satu asid amino yang memainkan peranan penting dalam menggalakkan pertumbuhan dan pembesaran otot ialah leusina. Apabila anda menggabungkan pengambilan serbuk protein ini dan melatih otot anda, ini akan memberi badan anda asid amino yang dapat membantu menguatkan otot serta tumbesaran mengikut peredaran masa.
Bukan sahaja makanan mempunyai pelbagai profil asid amino, tetapi kadar penyerapan oleh tubuh juga berbeza. Protein dadih secara kebetulan mempunyai markah tertinggi dengan Nilai Biologikal (BV) yang merupakan parameter bagi mengukur penyerapan protein. Ini bermakna ianya mempunyai semua asid amino yang diperlukan dalam protein lengkap dan mudah dihadam oleh badan kita.
Asid amino tertentu digunakan oleh badan untuk tujuan tertentu. Sebagai contoh, protein dadih tinggi dalam Amino Asid Rantai Bercabang (BCAA’s) yang mempunyai tiga daripada sembilan asid amino penting bagi pemulihan serta pemeliharaan otot. Semasa senaman dan proses pemulihan, badan anda akan memecahkan sejumlah kecil BCAA bagi tenaga (1-5%).
Walaupun ini hanyalah peratusan yang kecil, badan anda akan memecahkan otot bagi mendapatkan BCAA tersebut. Dengan membekalkan badan dengan jumlah BCAA yang tinggi, badan anda akan memelihara otot sementara leusina mengalakkan penghasilan protein.
Protein Dadih dan Pembinaan Otot
Terdapat bukti yang baik yang menunjukkan protein dadih meningkatkan jisim dan kekuatan otot. Atlet termasuk ahli bina badan lebih menggemari protein dadih kerana alasan ini namun kajian telah menunjukkan ianya bermanfaat kepada semua orang.
Namun begitu, anda masih boleh mendapatkan segala kebaikan dengan mengambil sumber makanan seperti daging, ikan, ayam dan hasil tenusu. Anggap sahaja serbuk protein adalah dada ayam dalam bentuk serbuk yang lebih cepat dihadam.
Whey and Muscle Building


Terdapat beberapa sebab mengapa remaja ingin mengambilnya:
  • Bila anda memulakan program senaman – jika senaman adalah baru bagi anda, anda mungkin memerlukan protein yang lebih.
  • Bila anda membesar – remaja memerlukan lebih protein bagi tenaga untuk bersenam kerana badan mereka masih membesar dan memerlukan lebih dari biasa
  • Bila anda meningkatkan intensiti senaman – jika anda memutuskan untuk meningkatkan intensiti senaman, sudah semestinya badan anda memerlukan protein lebih banyak protein
  • Bila anda pulih daripada kecederaan – atlet yang mempunyai kecederaan sukan akan memerlukan lebih banyak protein untuk membina semula bahagian yang cedera itu
  • Jika anda menjadi vegetarian – vegetarian mengalami kekurangan protein dari sumber makanan mereka

Sebelum atau Selepas Senaman?
Selalunya orang akan mengambil protein sebelum memulakan sesi senaman. Ini akan membantu pembentukan protein dengan memastikan protein ada apabila darah mula mengalir ke otot-otot semakin bertambah sepanjang senaman. Darah ini membawa lebih banyak protein yang diperlukan oleh badan anda dan seterusnya anda akan mendapat lebih jisim otot serta meningkatkan kekuatan. Namun terdapat segelintir pengkaji mencadangkan supaya ianya diambil selepas senaman kerana ianya dapat membesarkan saiz sel otot. Masa yang sesuai untuk pengambilan adalah di antara 30 hingga 60 minit selepas latihan kekuatan anda.
Berapa banyak yang diperlukan?
Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) menyatakan orang dewasa memerlukan di antara 46 sehingga 56 gram protein dalam sehari. Lelaki memerlukan lebih sedikit berbanding wanita. Institut Perubatan mensarankan keperluan protein sebanyak 10 sehingga 35 peratus daripada jumlah kalori anda. Kebanyakan kajian telah mencadangkan untuk mengambil sebanyak 1.2 gram protein sekilogram dari berat badan. Jika anda berniat untuk mengambil protein sebagai makanan tambahan anda, sila dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar nutrisi.
Manakala tiada makanan tambahan boleh menggantikan makanan semulajadi, ianya berguna bagi orang yang sentiasa sibuk dengan tugas harian sebagai makanan tambahan mereka.


COD Area Ampang, Cheras dan Sentul






Penghantaran ke seluruh Malaysia
Love,

Your Shaklee Independent Distributor (ID = 1207294)
Pengedar Shaklee Sah Cheras, Ampang dan Sentul
Whatsapp / SMS / Call = 0132117436
FB Pages : AufaMadame
Instagram : @eyranadzirah







No comments: